Geng Zampeada

Isnin, November 28, 2011

Kalau Hitam, Hitamlah Ia...

"Buat masa ini, jangan cerita dengan siapa2. Kita2 jak ni", pesannya menamatkan perbualan.

Nadanya itu spt suatu yg pasti sehinggakan mulut aku spt terkunci. Bukan kerana terkejut dgn usul yg baru aku dgr. Tetapi lebih kepada cuba mencerna kebenaran dakwaan org itu.

Pada mulanya ada juga aku membantah, tetapi hujah aku ditepis dgn SATU alasan mudah: "Sementara org masih mau kita, masa itu lah kita ambil peluang."

Bijak. Logiknya tidak dpt ditolak. Cuma yg menjadi kemusykilan, cukup kuatkah pengaruhnya utk meyakinkan org atasan yg aku bisa mengambil alih kedudukannya sebagai ketua jabatan?

Tak perlu tunggu kesudahan cerita, aku dah tahu dalangnya.
Bbrp hari selepas itu, aku dgr kisah seorang dari rakan sekerja yg bakal dinaikkan pangkat. Kesian aku tengok. Jawatan belum disandang tapi ada org lain lebih sudu dari kuah menghebahkan berita ke sana ke mari. Dlm pada masa yg sama aku cuba meletakkan diri aku dlm senario ini.

Apakah aku akan turut menerima nasib yg sama?

Seakan-akan menjawab persoalan, bbrp hari selepas itu, sampai ke telingaku cerita yg kurang enak. Bukanlah perkara luar biasa kalau ada org mengata kita dibelakang. Itulah realiti sebagai manusia. Ada org suka kita, ada org menyampah tengok muka kita. Yg aku tidak suka ialah kenapa perlu menggunakan nama aku utk memburuk-burukkan org lain?

Kenapa perlu Alizam Jonie endorse kerja jahat kau? Tak cukup kredibiliti ke? Atau cakap kau mmg dah tak boleh pakai?

Lebih sedih lagi org ini adalah org yg sama berjanji utk mengkompangkan nama aku ke Datuk, konon2nya sebagai penggantinya. (Baca baik2 ya. Dengan Datuk.)

Spt dicubit, barulah aku sedar betapa hitam realiti sebenar. Laluku kuis ego dlm hati dan cuba melihat jelas hakikat yg aku hadapi.


Aku melepaskan satu ketawa jahat.

Huh, rupa2nya selama ini ada org main wayang depan aku.

Merenung masa depan, terdetik rasa kesyukuran di dalam hati. Syukurlah aku tersedar lebih awal. Kalau terlambat, siapa tahu apa yg bakal terjadi dgn aku.

Terima kasihlah ya. Aku belum kebulur kuasa lagi utk percaya janji2 palsu. Apatah lagi dari mereka2 yg sebenarnya tiada apa2 kuasa pun. Sekadar berlagak lebih je. Tapi... Hado?

0 Ulasan: