Memandangkan ada lebih kurang 50 org lagi di hadapanku, aku keluar jenguk2 kawasan sekitar. Aku lihat, pekan Papar telah byk berubah (nampak sgtlah dah lama x turun Papar). Lihat sahajalah pejabat posnya skrg sudah dipasang kaca dan berpenghawa dingin pula (tapi masih sempit).
![]() |
| Badigol... Kalau aku tau tadi, tak yah aku ambil nombor giliran dan susah2 tunggu... |
Aku senyum dan terus bersalam dgn lelaki yg tidak perlu kuperkenalkan ini.
Selesai memesan minuman lelaki itu pun menyerahkan aku sebuah gambar bersaiz A4 (dilamina). Tidak secekap jurujual dia pun menceritakan projek yg dia bakal lakukan dlm masa terdekat ni: buat Walet (sarang burung ciptaan manusia) pakai IBS.
![]() |
| Sekadar gambar hiasan sahaja... |
"Saya mau mintak tolong u buat paperwork... paperwork yg simple2..."
Teetttttttttttttttttttttttt...
Tanpa runding sebarang harga, kami bertukar nombor lagi buat sekian kalinya.
Sambil2 tu aku teringat cerita bbrp bulan lepas semasa dia daftar masuk saudara dia utk bermalam di hotel tmpt aku kerja (tetap nak guna nama aku nak dptkan harga murah) dia ada bagitau dgn Eda, kalau aku tidak berhenti kerja dgn dia dulu (Syarikat abang dia sebenarnya), kemungkinan besar aku dah lama dinaikkan pangkat dgn gaji ribu2. Sayang sekali aku kerja sekejap aje, katanya...
Ketawa besar aku dgn cerita dongeng ni. Apa kau hengat jawatan aku pengurus projek ke nak bagi gaji besar macam tu? Pegawai apa pun bukan.
Kalau subkontraktor pun ko boleh tipu, inikan pulak aku pekerja biasa. Kau fikir aku nak terima ke tawaran kau buat kertas kerja segala ni. Nanti janji harga ini... Esok serah kertas kerja, harga lain pula. Apa org bilang dia terus hilang ingatan dan bagi harga ciput. Silap2 FOC... Ha, sia2 je bersengkang mata.
Melihat tabiat manusia sebegini apa2 permintaan lain pun aku takan turutkan. Juruukur apa tu pun, mintak maaflah aku nak carik kan... Salah org ya... Puih...
![]() |
| Kekayaan sebenar datang dari hati... |
Aku doakan semoga kau berjaya!



0 Ulasan:
Catat Ulasan