Geng Zampeada

Jumaat, Disember 23, 2011

Rambut Baru?

"Eh, Alizam hari ni nampak lain lah."

"Apa yg lainnyer?"

"Sikat rambut lain eh... Ke gunting rambut?"

Ish, bila masa aku gunting rambut, tanyaku. Nak keluar ke mana2 pun tak sempat. Inikan pula nak gi salon.

"Rambut baru eh? Hurmmm... Patutlah nampak lain..."

Nampak lain mcm mana pulak? Apa yg dia merepek ni?

"Yalah nampak lain... Nampak lagi muda..."

Bingung seminit aku dengan asakan kenyataan begini. Semakin dinafikan semakin konfiden pula org yg membuat andaian. Bagaimana pun dalam hati tertanya-tanya. Apa yang lainnya?

Senyap2 aku raba rambut aku.

Eh, mmg betullah, rambut aku terasa lain. Rambut aku lembut semacam. Pelik. Bukan patutnya kalau pakai gel, rambut jadik keras ke?

Rahsia rambut baru tanpa gunting...
Bila balik dan semak betul2 label, baru tahu produk (gambar atas) yg aku baru beli ni bukan gel rambut keras... Tetapi utk stail lembut mcm sutera... Ha-ha... Bengong!!!

Biasanya aku mengenakan Gatsby Wet & Hard Gel Water utk ke tmpt kerja. Almaklumlah rambut aku ni liar sikit, perlu bantuan utk dijinakkan. Kebetulan pula, kelmarin cecair gel rambut kegemaran aku ni dah habis. Jadi selepas habis kerja aku terus singgah 7Eleven dan rembat setiub gel rambut tanpa membaca labelnya pun. Janji ada nama Gatsby, aku angkut. Esoknya bila aku masuk kerja, dptlah bbrp teguran aneh mcm kat atas tu.

Insiden ini sgt lucu, tapi bila difikir-fikir, aku rasa, ini tandanya aku perlu bertukar produk. Dari bersusah payah nak beli gel rambut lama aku yg agak mahal tu dan perlu turun KK, lebih baik aku teruskan dgn gel rambut ini yg kurang separuh harga dan mudah didapati.

Setiap kejadian ada hikmahnya, tak gitu?

0 Ulasan: