Pukul 3 ptg 2 Disember, ketinggian aku bertambah.
 |
| Bungkusan dari Eil.com |
Menerima sendiri bungkusan dari encik posmen yg tergagap-gagap menyebut namaku, (aku dah tak ingat rupa posmen tu... apa pun terima kasih), ditambah pula sejurus sblm tu bungkusan dari Amazon.co.uk turut sama sampai (dah ada atas meja sblm aku masuk kerja), membuatkan aku rasa mcm nak buat jungkir balik Maero Attack!
 |
| Kotak pink ini aku yg punya! |
Aku tidak terus rakus membuka bungkusan. Sebaliknya, menyisip masuk bungkusan ke dalam beg. Aku mahu detik2 membuka bungkusan itu sendirian. Bagiku ia detik2 peribadi yg akan aku kenang sampai bila2 (kononlah, sbb lepas tu ambil gambar tunjuk kat semua org).
 |
| CD/DVD Greatest Hits |
Membelek isi pertama ini, membuatkan aku tergamam. Ditanganku adalah sesuatu yg sama dari segi isikandungan tetapi berbeza dari segi kualiti dgn yg sudah aku miliki dalam koleksi (sila buat perbandingan dgn versi
keluaran Malaysia.) Menu DVDnya juga salinan yg sama aku pernah lihat (boleh lihat di
sini).
 |
| CD Karaoke & Remix beserta buku lirik... |
Isi kedua adalah sesuatu yg agak baru: CD Karaoke. Walaupun di bbrp negara Asia sudah pernah dipasarkan VCD karaoke, tetapi CD audio seumpama ini belum pernah singgah. Dan buat pertama kali peminat2 di Asia makan hati sbb hanya edisi ini sahaja yg ada CD karaoke. Sementara CD yg satu lagi adalah CD remix, merupakan kompilasi kesemua remix lagu yg pernah dipopularkan oleh Spice Girls. Ini juga tidak diedarkan di Malaysia, khususnya.
 |
| Didatangkan dgn 5 poskad berasingan... |
Sesak nafas aku bila nampak poskad2 ni... Takut2 nak pegang. Kualitinya juga amat mempersonakan, rasa mcm boleh cium sorang2 ahli Spice Girls tu. Klik, klik ambil gambar lagi.
 |
| Model sedang mengenakan, "Friendship Bracelet" |
Tak cukup dgn semua yg di atas tu Boxset Gift ini turut didatangkan dgn "Friendship Bracelet" yg sgt eksklusif. Sblm menyimpan semula kotak merah jambu ke dalam bungkusan asalnya aku cuba-cuba pakai "Friendship Bracelet" ni... Hurrmmmm.... sayang, tak sesuai dgn warna kulit aku yg sawo ini. Nampak gayanya teruslah kau tersimpan dlm kotak merah jambu tu.
Lepas ni apa pula? Tunggu Versi USlah pulak.
5 Ulasan:
alamak siap dapat bracelet tuh..ko mmg peminat kipas mati SPICE nuh....alizam alizam...
mau menangis aku tngok boxset tu... huhhhuhuuh..
siti buha -> wajib.
dydan -> simpan air mata tu dulu bah. tgg bila dpt sendiri punya.
huhuh... terus mengumpil duit... :D
chaiyok chaiyok...
Catat Ulasan