... berlalu dalam kabur. Dan byk menunggu dan menunggu.
Masih terus menunggu.
Masuk September halatuju aku berubah dan perlahan-lahan mengensot ke arah yg lebih positif.
Adakah kerana aku telah melupakan Awek Kancil?
Mungkin juga ya. Tandanya aku telah kembali semula dgn hobi lama aku.
Alhamdulillah, koleksi Spice Girls aku sudah hampir lengkap. Jika bbrp tahun lepas aku hanya boleh sekadar berpuas hati, skrg aku boleh berbangga diri. Boleh bukak muzium, orang bilang.
Dari segi personaliti, aku juga telah perlahan-lahan berubah. Aku kesan perubahan ini seawal hijrah baru2 ini. Sekali sekala diasak, lama kelamaan teranjak jugak kan?
Semua perubahan-perubahan yg aku sebut ini masih berlangsung samada aku sedar atau tidak. Malah kemungkinan besar akan mendominasi awal tahun 2012 aku nanti. Aku tidak perlu tergesa-gesa. Bila sampai masanya semuanya akan berjalan spt yg dirancang.
Nama-nama seperti Dydan, Rhonda, Awek Kancil dan Kris akan terus terpateri dalam ingatan. Bukan kerana jasa bakti mereka, tetapi terhadap apa yg mereka cetuskan dlm hati pemikiranku.
Semoga aku terus gemilang pada tahun 2012 ini! Amin...
nb Sori tak byk menulis akhir tahun lepas... sbb sibuk sesangat. Gara2 itu ada jugak org dah gugurkan aku dari senarai blog mereka... Hehehe... Tak pe, aku faham. Bubuh cantik2 dalam senarai pun kalau tak baca blog aku ni, tak guna jugak kan?
0 Ulasan:
Catat Ulasan