Meninggalkan Jasnih, aku meluru ke pantai. Kamera dikeluarkan, hasrat diperhebatkan. Bukan selalu gunung Kinabalu boleh dilihat jelas sebegini.
Sambil berjalan ke arah gunung Kinabalu aku acukan kamera. Pada skrin prebiu aku mengagak ruang. Bila berpuas hati dgn susun atur lanskap pada skrin, cepat2 aku ketip kamera. Proses ini aku ulangi lagi dgn mengalihkan posisi kamera dan kedudukan aku.
Dalam sibuk mendapatkan sudut terbaik, tiba-tiba kaki aku terasa sejuk. Terlalu asyik aku tak sedar yg aku dah hampir dgn laut.
Takut seluar basah, aku sinsing sedikit ke atas dan teruskan mengambil gambar. Nasib baiklah pakai sandal.
Jauh sikit dari hotel, aku berselisih dgn seorang lelaki berbaju merah yg sedang berjoging. Segan, aku aku bawa kamera ke belakang.
Lelaki itu tersengih tetapi matanya memfokus kepada apa yg aku sembunyikan.
Entah apalah yg difikirkan oleh lelaki tu bila melihat aku dalam pakaian pejabat berada di tepi pantai sambil beraksi membongkok mengiring mengambil gambar. Lagak bak profesional sekali! Kalau kamera DSLR Nikon tu tak pelah jugak. Ini kamera digital murah yg terhad pula keupayaan zoomnya.
Apabila keadaan sudah semakin gelap, aku berhenti mengambil gambar. Tak membawa pouch, aku sematkan kamera ke dalam poket seluar slack ku.
Tidak tergesa-gesa utk berpatah balik, aku cuba menghayati suasana petang hari terakhir 2011 yg sudah mula menunjukkan remang2 senja. Dingin dan indah, dalam hati redup, terimbau kenangan-kenangan lama.
Dalam perjalanan balik ke Sekolah Atap membelakangi gunung Kinabalu fikiran aku menerawang kepada persoalan2 yg pernah menghantui aku, apa yg terungkai dan apa yg menjadi misteri sehingga kini.
Semuanya kerana renungan mata itu...


0 Ulasan:
Catat Ulasan