Geng Zampeada

Isnin, Januari 02, 2012

Puncak Kebiruan

Petang 31 Disember itu, cuaca mendung tak berawan, di mana cerita ini bermula.

Pada sekitar pukul 4.20 petang, setelah menunggu lebih kurang 30 minit aku ditumpangkan oleh sebuah kereta sapu ke tempat kerja.

Tidak sampai seminit selepas menaiki kereta sapu, aku tergamam.

Dari puncak bukit Melinsung itu, tersergam satu pemandangan yg sangat indah.

Aneh. Nun jauh di sana kelihatan gunung Kinabalu kebiruan dilatari langit cerah lapiz lazuli.

Entah sudah berapa ratus kali aku melalui jalan bukit bak ular itu. Hanya kali itu baru aku sedar, gunung Kinabalu boleh dilihat dari puncak bukit tu.

Hatiku terdetik utk mengambil gambar, tapi apakan daya aku hanya menumpang. Serentak itu juga henfon aku berbunyi.

Aku capai BurukBerryku. Satu SMS masuk: "Rang kau di mana?"

Perjalanan dari Apartment ke tempat kerja aku hanya mengambil masa lebih kurang sepuluh minit, itu pun kalau lalulintas tidak sibuk. Kebetulan hari itu adalah hari terakhir tahun 2011. Risau2 juga kalau tersangkut dalam perjalanan. Syukurlah, petang itu tidak sesak seperti kebiasaannya. Hanya kereta dari Kota Kinabalu sahaja yang bertali arus. Dari Papar agak kurang.

Melepasi satu bukit selepas Beringgis ke Kinarut satu SMS lagi masuk: "Rang nanti terus datang pi Sekolah Atap. Bawa kamera."

Sesampai di kawasan hotel dengan menjinjing beg jingga Avon pemberian Eda, aku segera berlari anak ke kawasan pantai.

Ketika sampai di Sekolah Atap, aku lihat Jasnih sedang menepuk-nepuk tangan kirinya ke seluar jeansnya. Pada tangan kanannya ada sebilah pisau dapur. Melihat aku yang tercungap-cungap dia segera membawa perhatian aku ke pemandangan di hadapan kami.

Di pantai kelihatan tiga lelaki bermain-main di gigi pantai. Jauh dari situ, kelihatan sekumpulan kanak2 riang ria bermandi manda. Di darat pula, terdapat dua pasang remaja bermain bola tampar. Dalam kemeriahan mendekati penghujung tahun baru di pantai, suasana tiba2 menjadi hening.


Seperti menahan nafas, Jasnih berbisik "Cantik, Zam..."

0 Ulasan: