Mak bapak aku cakap, masa aku kecik2 dulu, aku ni manja. Manja gile.
Pernah satu tahun tu, bapak aku dihantar pergi kursus. Masih budak agaknya aku tak faham apa itu kursus. Aku fikir mcm pergi kerja tiap2 hari lah. Masa tu aku pun belum reti lagi kerja ikut shift, sbb bapak aku polis. Jadi aku ni mcm tiap waktu menunggu.
Pagi tunggu. Petang tunggu. Malam tunggu. Tunggu, tunggu, tunggu. Walaupun mak aku dah jelaskan aku tetap tunggu.
Tak tunggu, bunyi kasut but, aku lari ke pintu. Bunyi kereta aku lari ke pintu... Orang lain datang pun aku ke pintu, siap jerit "bapak balik, bapak balik..."
Bila tak nampak bapak aku, aku frust.
Sampai satu tahap aku jatuh sakit dan bapak aku yg tengah gi kursus terpaksa balik... Anak rindu, bapak ku cakap.
Perghhh... Cam tak percaya!
Bila dah besar, tade pulak aku buat perangai mcm ni. Kalau boleh tak nak jadi mcm mak bapak. Masa kecil isi buku repot tahunan bercita-cita nak jadi polis... Skrg jgn harap lah nak jadi polis. Drama Gerak Khas pun tak suka tengok.
Bertahun-tahun merantau duk 10 tahun di Kedah, mcm kacang aje. Takde pulak nak nitis2 air mata bila raya sebab tak dapat balik...
Siap sindir lagi kat sapa2 yg tak balik raya, "itu pun nak sedih lah...over"
Melihat perangai aku yg sedikit aneh ni, ada gak kawan2 duk tanya. Ko tak pernah rasa rindu ke? Get lonely ke? Yalah sebagai manusia biasa mesti ada perasaan tu semua kan?
Aku pun tak berani nak cakap... For the longest time, perasaan mcm tu dah jarang melanda. Setiap masa kepala aku ni sibuk dgn kerja, sentiasa ada projek yg berikutnya. Pelan nak buat itu, nak buat ini. Jarang sangat fikir nak cuti... Kalau dpt cuti pun ada aje nak buat. Kawan2 pun sentiasa ada meneman masa susah dan senang kan?
Jadi in many ways I cannot afford to feel that way. Namun baru2 ni buat aku terfikir.
When finally the time has come, November tahun lepas aku sambung "kerja2" melengkapkan koleksi aku yg tertangguh tahun 2006 dulu. Jadi seperti biasa mcm2 lah yg aku pesan melalui talian. Kadang2 sampai 5 ke 6 bungkusan. Mmg tahap mega lah berbanding dulu2 yg hanya sebungkus dua sebulan.
I'm not just talking about completing Spice Girls' Collection, but other collection as well.
Masa menunggu bungkusan2 ni sampai ke rumah lah that little boy inside muncul semula. Entah tak tau kenapa. Aku tahu bungkusan2 tu akan sampai dlm 9 ke 14 hari (dari UK atau tempat2 lain) atau ada jugak yg mencecah 3 minggu (Dari US). But I cannot help myself checking it everyday...
Dah sampai? Dah ada belum? Hari ni ada kot? Kalau tak besok? Tak lusa kot... Isk patutnya sampai hari ni? Kenapa tak sampai lagi?
The pain was unbearable. Peritnya makin bertambah bila semak, barang tiada (awal lagi lah nak sampai pun!)... Esoknya pun tunggu tade jugak. Lagi2 bila barang yg dipesan tak sampai2!
Tiba2 aku stress sendiri2...Ini baru tunggu bungkusan, belum lagi yg lain2. Kalau mabuk rindu mcm mana? Kalau dah stail mcm kat atas yg aku citer tu... Kompom lah meroyan kan?
For the first time, tiba2 aku rasa aku patut bersyukur. I never had to experience it. Should it happen, I don't want to get through with this type of pain... Kalau aku ditakdirkan menghadapinya, at least I know what to expect.
Bercakap pasal tu, I'm expecting two parcels this week. Harap2 ari ni satu bungkusan dari Amazon.co.uk sampai! Aku tulis entri ni pun gara2 tak tahan menunggu bungkusan ni...
Nampak gayanya bulan depan kena kurangkan pembelian (senarai masih panjang)... Kalau tidak, I drive myself crazy. I know I WILL.
2 Ulasan:
ingatkan tunggu aweks tadi..
hamboi...
Catat Ulasan